|

 Organisasi



|
Objektif
Jabatan
|
Bagi
menjalankan tugas dan tanggungjawab secara yang lebih berkesan
sesuai dengan hasrat kerajaan yang memandang berat mengenai
masalah perumahan khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah
dan selaras pula dengan matlamat DEB, maka beberapa objektif penting
Bahagian Perumahan ini telah digariskan. Antaranya ialah
:- |
|
1. |
Memberi peluang yang seluas-luasnya kepada rakyat
negeri ini khususnya golongan yang berpendapatan rendah memiliki
rumah sendiri yang selesa dan sempurna mengikut kadar kemampuan masing-masing. |
|
2. |
Meningkatkan
taraf hidup dan taraf kesihatan rakyat negeri ini melalui Program
Perumahan Awam Kerajaan yang menyediakan segala kemudahan asas dan
sosial sesuatu kawasan perumahan. |
|
3. |
Memaju dan
memesatkan lagi kawasan yang berkesan dari segi pertumbuhan ekonomi
dan sosial. |
|
4. |
Menyatupadukan rakyat negeri ini dalam satu-satu
kawasan perumahan. |
|
5. |
Menyusun dan
menyelesaikan masalah perumahan negeri ini khususnya yang terdapat
di kawasan
bandar dan pinggir bandar. |

Carta Organisasi
1.Pada umumnya, Bahagian Perumahan ditadbir oleh seorang Ketua Penolong
Setiausaha dan dibantu oleh seorang Penolong Setiausaha, seorang Pembantu
Kanan serta 11 orang kakitangan kumpulan sokongan bersama 3 orang
kakitangan sambilan.
2. Terdapat 3 unit utama
iaitu :
a) Unit Pembangunan dan
Penyelenggaraan Projek
b) Unit Pentadbiran dan
Kewangan
c) Unit Penempatan
dan Penguatkuasaan
3. Carta organisasi
Bahagian Perumahan adalah sepertimana berikut :-
|

Bagi menjalankan tugas dan
tanggungjawab secara yang lebih berkesan sesuai dengan hasrat
kerajaan yang amat memandang berat mengenai masalah perumahan
khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan selaras pula
dengan matlamat DEB, maka beberapa objektif penting Bahagian
Perumahan ini telah digariskan. Antaranya ialah
:-
1. Memberi peluang
yang seluas-luasnya kepada rakyat negeri ini khususnya golongan yang
berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri yang selesa dan sempurna mengikut kadar kemampuan masing-masing.
2. Meningkatkan taraf
hidup dan taraf kesihatan rakyat negeri ini melalui Program
Perumahan Awam Kerajaan yang menyediakan segala kemudahan asas dan
sosial dengan memaju dan
memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi
dan sosial sesuatu kawasan perumahan.
3. Menyatupadukan
rakyat negeri ini dalam satu-satu kawasan perumahan.
4. Menyusun dan
menyelesaikan masalah perumahan negeri ini khususnya yang terdapat
di kawasan bandar dan pinggir bandar. |

Tugas Dan
Tanggungjawab
|
Tanggungjawab utama Bahagian
Perumahan ialah menguruskan rancangan pembangunan perumahan
bagi golongan berpendapatan rendah khususnya Rancangan Perumahan Awam Kos Rendah. Ianya
juga bertanggungjawab dalam usaha untuk merancang, melaksana,
menempatkan penghuni dan juga menyelenggara projek perumahan tersebut
di seluruh negeri. Di samping itu Bahagian Perumahan juga
dipertanggungjawab menguruskan beberapa program lain seperti
:- |
-
i) Skim Pertapakan dan
Kemudahan Asas (SPKA).
-
ii) Mengenalpasti
projek-projek yang terbengkalai dan mengatasinya.
-
iii) Program Khas Perumahan
Awam Kos Rendah (PKPKR/Projek Khas).
-
iv) Skim Pinjaman Perumahan
Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPP).
-
v) Membantu UPEN di dalam
perlaksanaan Program Penswastaan Perumahan.
|
|
Bagi mencapai objektif
tersebut, tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul
oleh Bahagian Perumahan adalah
seperti berikut
:- |
-
1. Bertanggungjawab
merancang , mengenalpasti dan melaksanakan Program Perumahan
Awam Kos Rendah termasuk Skim Pertapakan dan Kemudahan
Asas.
-
2. Bertanggungjawab
menguruskan pinjaman/peruntukan untuk Program Perumahan Awam
Kos Rendah dan Skim Pertapakan dan Kemudahan Asas dan urusan
pembayaran balik.
- 3. Mengenalpasti, menilai
dan meluluskan tapak-tapak cadangan projek dan jenis-jenis
rumah yang akan dilaksanakan.
-
- 4.Bertanggungjawab dalam
urusan mengenai tawaran-tawaran tender pembinaan Rumah Awam
Kos Rendah dan Skim Pertapakan dan Kemudahan
Asas.
-
- 5.Menyelaras dengan
agensi-agensi pelaksana seperti Jabatan Perumahan Negara dan
lain-lain agensi seperti Pejabat Tanah, Penguasa Tempatan,
J.K.R, J.P.S, T.N.B dan lain-lain agensi
kerajaan.
-
- 6.Mengesan kemajuan dan
membuat penilaian supaya tindakan dapat diambil bagi mencapai
matlamat pelaksanaan.
-
- 7.Mengurus dan
mengendalikan urusan kepenghunian seperti soal memproses
permohonan untuk menduduki rumah, proses pemilihan, tawaran
dan pembahagian unit rumah, penguatkuasaan dan menggariskan
syarat-syarat serta peraturan menduduki
rumah.
-
-
8. Bertanggungjawab dalam
pengurusan kewangan seperti bayaran kemajuan projek, kutipan
sewa, insuran kebakaran, Sijil Layak Duduk (SKD) dan
sebagainya.
- 9.Bertanggungjawab
mengawasi kerosakan-kerosakan pada rumah yang diberi sewa
serta menguruskan pembaikian dan
penyelenggaraan.
-
- 10.Menguruskan mengenai
jual beli rumah serta pengeluaran/pemindahan hakmilik kepada
penghuni/pembeli yang layak.
-
- 11.Bertanggungjawab
menguatkuasakan undang-undang ke atas penyewa-penyewa yang
melanggar syarat seperti tindakan amaran dan juga tindakan
mahkamah.
-
- 12.Bertanggungjawab
kepada semua perkara mengenai pengurusan Program Khas
Perumahan Kos Rendah.
-
- 13.Menjadi Urusetia bersama
dengan Kementerian Perumahan mengenai Projek Perumahan yang
terbengkalai di peringkat negeri.
-
- 14.Menjadi Urusetia
bersama dengan Bahagian Kerajaan Tempatan kepada Jawatankuasa
Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan
Negeri.
|
.
Jawatankuasa
Berkaitan
| Jawatankuasa Induk |
JawatankuasaKerajaan Tempatan,
Perumahan, Sains dan Kesihatan Negeri |
| Jawatankuasa-Jawatankuasa
Lain |
-
Jawatankuasa Pelaksana Projek
RAKR, SPKA dan Projek-Projek Khas.
-
Jawatankuasa Kecil Menggubal
Dasar Perumahan Negeri.
-
Jawatakuasa Kecil Pemilih
Penghuni RAKR.
-
Jawatankuasa Penyelaras Projek Perumahan Terbengkalai.
- Jawatankuasa Khas Penjual Rumah Projek Bandar Baru Kubang Kerian.
-
- Jawatankuasa Pengurusan Projek Usahasama.
-
Jawatankuasa Pusat Sehentian
Perumahan.
|

Piagam
Pelanggan
| 1 |
BERJANJI UNTUK MELAYAN SEMUA
MASALAH PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH DALAM SUASANA YANG MESRA, ADIL DAN
BERDIPLOMASI. |
| 2 |
PARA
PENYEWA TIDAK PERLU MENUNGGU LEBIH LAMA UNTUK MENDAPAT LAYANAN
KAUNTER YANG MESRA, CEKAP DAN CEPAT. |
| 3 |
BERJANJI UNTUK MEMPROSES DAN
MENGUMUMKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN BARU DAN TUKARNAMA UNIT RAKR KEPADA
SEMUA PEMOHON DALAM TEMPOH 5 MINGGU. |
| 4 |
SENTIASA MEMBERI KEMUDAHAN
KEPADA SEMUA PENYEWA RAKR MEMBAYAR TUNGGAKAN SEWA BERSERTA SEWA
BULANAN SECARA ANSURAN DAN
BERPATUTAN. |


|