Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

YouCMSAndBlog Module Generator Wizard Plugin

Web 2.0

Undian

Pandangan anda mengenai mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan?
 

Pautan Luar

              

                                                                                                    

                                                                                                              

                                                                                                                

                                                                                                           

Hakcipta terpelihara 2009 Bahagian Perumahan SUK l Dasar Privasi l Dasar Keselamatan l Paparan terbaik ie6 keatas menggunakan resolusi 800 x 600
Penafian: Kerajaan Negeri Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Bahagian Perumahan SUK

Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Pada peringkat awalnya, Bahagian Perumahan ditadbir secara bersama dengan Bahagian Kerajaan Tempatan, tetapi pada tahun 1980 ia dipisahkan fungsinya. Bahagian ini bertanggungjawab kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Setiausaha Kerajaan Kelantan dan seterusnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar. Dengan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (Perumahan) Gred N52, Bahagian Perumahan mempunyai 3 unit, iaitu Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Perancangan dan Penyelenggaraan Projek serta Unit Penguatkuasaan dan Penempatan. 

Unit- unit ini dipimpin oleh dua orang Penolong Setiausaha Gred N41 dengan bantuan seramai 18 orang kakitangan sokongan termasuk seorang Penolong Akauntan Gred W27, seorang Pembantu Tadbir Kanan Gred N22, seorang Pelukis Pelan Gred J22, seorang Juruteknik Gred J22,  5 orang Pembantu Tadbir Gred W17 serta 6 orang Pembantu Tadbir Gred N17 bersama- sama dua orang Pembantu Am Pejabat beserta seorang Pemandu Pejabat.

 Secara ringkasnya Bahagian Perumahan melaksanakan hal-hal yang berkaitan dengan perancangan rumah awam kos rendah di negeri Kelantan, permohonan kuota jualan kepada Orang Bukan Melayu dari pemaju-pemaju perumahan dan juga membuat pemantauan bayaran dan kutipan sewa rumah oleh penghuni-penghuni Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Negeri Kelantan.

 
Capaian Umum
  1. Permohonan Perumahan Kos Rendah
  2. Permohonan Tukar Nama
  3. Bayaran Sewa Dan Tunggakan
  4. Permohonan Kuota Jualan
  5. Permohonan Pengeluaran KWSP
  6. Tindakan Penguatkuasaan
  7. Pembaikian dan Penyelenggaraan Rumah
  8. Sistem Star Rating
  9. Senarai MyID
  10. Piagam Pelanggan dan Pencapaian Piagam Pelanggan
  11. Gambar Iklan rumah Di Gaal, Pasir Puteh.
Capaian Pelawat
  1. E-Aduan
  2. E-Banjir
  3. Audio Dan Video
  4. Aktiviti Jabatan
Capaian Pegawai & Staf
  1. E-SKT
  2. Web Mail Rasmi
  3. Sistem Hrmis
  4. E-Jejak
Maklumat Terkini

Majlis Beramah Mesra Antara Bahagian Perumahan SUK Dengan Penduduk

Flat Buluh Kubu Pada 16 Julai 2014


Pada 16 Julai 2014 baru-baru ini Bahagian Perumahan SUK telah mengadakan

perjumpaan dengan penduduk-penduduk Flat Buluh Kubu sambil beramah

mesra. Lawatan ini telah dijalankan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian

Perumahan SUK seramai 14 orang yang dipecahkan kepada setiap Blok.

 

Tujuan perjumpaan penduduk-penduduk Flat buluh Kubu adalah

untuk mendapatkan maklumat terperinci permasalahan mereka

yang dihadapi terhadap tunggakan sewa beli yang tinggi.

Alhamdulillah Bahagian ini berpuas hati dengan kerjasama diberikan

oleh penduduk-penduduk di situ.

 

 

Majlis Pelancaran Program Mampu Milik Kelantan (PROJEK RUMAH MAMPU MILIK BADANG)

Kerajaan Negeri Kelantan dalam 5 tahun ini akan memberi penekanan kepada

Rumah Mampu Milik di mana "Satu Keluarga Satu Rumah" merupakan satu slogan

yang sentiasa digunakan sebagai penggerak ke arah memastikan setiap lapisan

rakyat memiliki rumah kediaman.

 

Dalam merealisasikan dasar tersebut, Kerajaan teleh memberi tanggungjawab

kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(PKINK)

untuk melaksanakan projek pertama di bawah program Rumah Mampu

Milik Kelantan di atas tanah Kerajaan seluas 4.92 ekar di lot 1673 Mukim Badang,

Daerah Badang,Jajahan Kota Bharu iaitu tanah di bawah kendalian

Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

 

Pembinaan Rumah Mampu Milik ini dilaksanakan oleh Binaraya Sdn.Bhd.

Sebanyak 334 unit apartmen merangkumi 162 unit harga rendah,108 unit

harga sederhana rendah dan 64 unit harga sederhana dan dilengkapi dengan

kedai dan gerai serta kemudahan-kemudahan lain seperti surau,tadika,

kawasan lapang dan gelanggang futsal.

 

Harga Jualan bagi unit-unit Rumah Mampu Milik Kelantan Projek ini

ialah RM43,000 seunit bagi kategori Harga Rendah,RM65,000 seunit bagi

Harga Sederhana Rendah dan RM99,000 seunit bagi kategori Harga

Sederhana.

 

 

 

Sistem Star Rating (SSR)

1. Pelan Strategik Bahagian Perumahan

2. Pamplet SSR

3.Flyer SSR

4. Poskad SSR

Capaian Aplikasi

 

Log Masuk Staff



Pautan Berkaitan


 
 
 
 

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday22
mod_vvisit_counterYesterday31
mod_vvisit_counterThis week164
mod_vvisit_counterLast week262
mod_vvisit_counterThis month770
mod_vvisit_counterLast month581
mod_vvisit_counterAll35818

Online (20 minutes ago): 1
Your IP: 54.83.243.165
,
Now is: 2014-08-28 09:05

Tarikh Kemaskini

23 Julai 2014