.a

Bahagian Perumahan bertindak menguruskan perkara-perkara berikut dalam membantu Kerajaan Negeri dalam pemilikan Rumah Awam Kos Rendah:
Kandungan
| Projek
Perumahan | Pemilikan
Rumah | Lain-Lain
Hal |Program
D.O Masuk Kampung | Perjumpaan
Di antara Bahagian Perumahan Dengan Penghuni RAKR |
|
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Klik Untuk Maklumat Detail|Pengisian|Tukarnama|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tujuan program ini diadakan dengan menyertakan Program D.O Masuk Kampung yang dirancangkan setiap jajahan di mana pemohon berpeluang untuk mendaftar mendapatkan maklumat bagi pemohon yang berminat membeli Rumah Awam Kos Rendah.
Perjumpaan Di antara Bahagian Perumahan Dengan Penghuni RAKR Tujuan program ini ialah untuk memberi peluang berdialog dengan penghuni yang mempunyai tunggakan sewa yang tinggi bagi mengenalpasti masalah dan cadangan mengatasinya.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN PENGENALAN Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Pada peringkat awalnya, Bahagian Perumahan ditadbir secara bersama dengan Bahagian Kerajaan Tempatan, tetapi pada tahun 1980 ia dipisahkan fungsinya. Bahagian ini bertanggungjawab kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan, Setiausaha Kerajaan Kelantan dan seterusnya kepada Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri. VISI Visi utama Bahagian Perumahan ialah " Bagi mewujudkan satu masyarakat yang harmoni serta progresif melalui program perumahan awam kos rendah ". MISI Antara misi utama bahagian ini ialah :
FUNGSI Sebagai sebuah agensi Kerajaan yang diamanah dan dipertanggungjawabkan bagi merancang, mengenalpasti dan melaksanakan program-program utama perumahan antaranya : 1. Program Perumahan Awam Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah. 2. Skim perumahan untuk golongan berpendapatan rendah samaada dibina sendiri oleh kerajaan atau secara usahasama. 3. Menguruskan Projek perumahan terbengkalai, kuota pemilikan rumah, hal ehwal perpindahan dan penempatan penduduk. 4. Masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan perumahan golongan berpendapatan rendah dan masalah kependudukan. Bagi mencapai dasar dan objektif yang diamanahkan itu, beberapa tugas dan tanggungjawab khusus telah digariskan antaranya : 1. Urusetia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan. 2. Bertanggungjawab merancang mendapatkan peruntukan dan melaksanakan Program Rumah Awam Kos Rendah, Skim Pertapakan Asal dan pinjaman untuk golongan berpendapatan rendah. 3. Mengenalpasti, mengecam dan menilai tapak-tapak cadangan baru dan jenis rumah yang akan dibina samada yang dibina sendiri atau usahasama dengan swasta. 4. Menguruskan hal ehwal urusan tender bayaran kemajuan dan pembinaan Rumah Awam Kos Rendah. 5. Menyelaraskan dengan agensi lain-lain di dalam merancang dan melaksanakan projek perumahan khususnya bagi golongan yang berpendapatan rendah. 6. Mengesan kemajuan dan membuat penilaian terhadap kemajuan dan status sesuatu projek. 7. Mengurus soal pendaftaran, permohonan dan proses pemilihan dan agihan rumah kepada seseorang peserta Rumah Awam Kos Rendah.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

